Galito’s Flame-Grilled Chicken @ e-curve Mutiara Damansara

Ayam flame-grill memang pilihan kegemaran ramai. Apatah lagi bila disajikan dengan adunan rempah ratus dan herba resipi istimewa untuk dinikmati dalam suasana selesa, santai dan meriah bersama keluarga atau rakan-rakan di Galito’s.

Kini, satu lagi restoran Galito’s telah dibuka di eCurve Shopping Mall, Mutiara Damansara. Turut memperkenalkan barisan sajian Galito’s bertemakan ‘Bold African Flavour’. Sebagai penggemar ayam grill, saya teruja dengan Galito’s ini.

Restoran Galito’s, eCurve, Mutiara Damansara

Galito’s terkenal dengan ayam ‘flame-grilled’ dan pelbagai sajian adunan resipi ‘secret blend of herbs and spice’ citarasa Afrika Selatan. Mempunyai 150 restoran di 15 negara, kini ia melebarkan lagi rangkaian dibawah Ri-Yaz Global Food yang merupakan pemegang francais utama di Malaysia dan Singapura.

Citarasa baru Galito’s ini mempunyai potensi besar di Malaysia kerana kebanyakkan kita menggemari ayam. Ia menjadi sajian terbaik untuk dinikmati dengan harga berpatutan.

Galito’s diasaskan oleh Louis Germishuys yang berhasrat memperkenalkan citarasa terbaik Afrika Selatan seperti ayam flame-grilled kepada dunia. Berpegang kepada tradisi Galito’s dalam mengekalkan citarasa sebenar ‘bold African flavour’, beliau yakin dapat menyediakan hidangan unik dan berkualiti yang pasti menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Galito’s Dengan Resipi Istimewa ‘Bold African Flavor’

Berpeluang menikmati Galito’s Flame-Grilled Chicken bersama barisan Galito’s unique African-themed dishes seperti Galibowl, Liver and Roll, Chilli Beans dan Sweet Potato chips. Malah, Galito’s turut mempunyai seleksi Peri-Peri Sauce tersendiri seperti Galito’s Premium Reserve Extra Hot Sauce, Hot, Garlic, Mild dan Lemon and Herbs.

Sejujurnya, ini juga kali pertama saya merasai sajian resipi Afrika Selatan. Galito’s Flame-Grilled chicken dipanggang rata dengan rempah herba marinate 24 jam, juga hidangan sidelines dan appetiser yang sedap. Malahan menu yang disajikan di Galito’s berpatutan dengan harga dan berbaloi.

Galito’s ‘main highlight’ – flame-grilled chicken disajikan dengan harga RM11.50 (quarter portion), RM13.90 (1 side) dan RM15.90 (2 sides). Half portion chicken bermula dengan RM17.90 berserta pilihan 1 sides dan 2 sides antara RM20.90 dan RM23.90. Menu extensive turut menawarkan ‘chicken strip with rice’, ‘grilled boneless chicken breast burger’, pita dan wraps.

Galito’s eCurve terletak di G02-G03 (bersebelahan pintu masuk utama eCurve). Dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. Anda juga boleh dapatkan info terkini Galito’s di Fb Page dan Instagram atau hubungi 03-6211 0503.

Galito’s Flame-Grilled Chicken

Facebook: GalitosMalaysia

Instagram: @galitosmy

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Help-Desk